-->

Lelaki ini menemui sebentuk cincin purba dari abad ke-14 yang dianggarkan bernilai $ 87.000 ( 1 )

Hutan Sherwood semestinya terkenal dengan legenda Robin Hood yang menjadi terkenal sebagai ‘penjenayah baik hati’. Hal ini kerana Robin Hood hanya melakukan aktiviti jenayahnya dengan merompak orang kaya untuk membantu masyarakat miskin.



Kini, seorang pemburu harta karun telah mendapat nasib yang sangat baik setelah menemui sebentuk cincin purba di sekitar kawasan hutan Nottinghamshire berkenaan.

Cincin purba ini dikatakan ditemui di dalam tanah dan dipercayai berasal dari abad ke-14. Malahan, anggaran nilai cincin purba ini juga dikatakan boleh mencapai sehingga RM367,000 ($87,000)!




Artifak yang sungguh bernilai ini telah ditemui oleh Mark Thompson yang menyara pendapatan hidupnya dengan bekerja sebagai pengecat jentera forklift. Namun, seluruh hidupnya mulai berubah apabila alat penjejak logamnya mengeluarkan bunyi sewaktu Mark sedang menjejaki barangan logam.
Mark yang berusia 34 tahun mula berminat untuk mengumpul barangan logam ini kira-kira 18 bulan yang lalu. Pada awalnya, Mark cuba melakukannya sekadar untuk berseronok dan berharap akan menemui duit syiling ataupun barangan lain yang tercicir oleh para pengunjung.

Sebaik sahaja alat penjejaknya berbunyi, Mark mula menggali tanah sebelum melihat pancaran sinar emas di dalam tanah tersebut. Sebaik sahaja membersihkannya daripada tanah, Mark mendapati ianya adalah sebentuk cincin dengan perhiasan batu nilam yang sangat cantik dan besar.
Mark kemudiannya membuat laporan mengenai penemuan tersebut yang kini sedang dalam proses mengenalpasti ketulenan harta karun berkenaan.
Dia kemudian dimaklumkan oleh para pelelong bahawa nilai cincin tersebut berkemungkinan boleh mencecah di antara RM105,568 sehingga RM367,375.
Back To Top