Maria Audenete Ferreira do Nascimento dilahirkan pada 7 Mei 1981 di Ceara, Brazil. Pada usianya sembilan bulan, Maria didiagnosis dengan penyakit autoimun yang sangat jarang dikenali sebagai hypothyroidism atau cretinism. Keadaan ini disebabkan oleh kekurangan utama dalam hormon tiroid, menyebabkan tubuh dan pemikiran Maria tidak berkembang pada kadar normal.
Sekiranya dia telah dirawat lebih awal, penyakit Maria mungkin dapat ditangani tetapi malangnya dia terlambat mendapatkan rawatan doktor. Perkembangan tubuh dan otaknya terhenti dengan kadar yang sangat cepat menyebabkan dia akan terus kekal pada saiz anak kecil kira-kira 27 inci tinggi dan beratnya hanya 19 pound seumur hidupnya.

Dia juga tidak dapat berjalan atau bercakap, tetapi hanya dapat berkomunikasi menggunakan tanda dan isyarat seperti bayi.
“Dia tahu bagaimana untuk berkomunikasi. Dia tahu bagaimana hendak bertanya; dia tahu bagaimana untuk mengatakan apa yang berlaku kepadanya,” jelas seorang wartawan Record News.
Maria telah membesar dengan keluarga yang sangat menyayanginya dan sentiasa berada di sisinya untuk membantunya. Ibu tirinya, Francisca “Doura” Dos Santos, menggelar Maria sebagai “hadiah dari Tuhan”. Doura juga yang telah menjaga, memberi makan serta memandikan Maria seolah-olah Maria adalah anaknya sendiri. Ibu kandung Maria telah meninggal dunia pada tahun 2003, dan Doura telah melakukan yang terbaik untuk menggantikan posisi ibu Maria.
Malangnya, keluarga ini seringkali berhadapan dengan masalah kewangan. Tanpa pembiayaan mereka tidak dapat memberikan rawatan perubatan yang diperlukan oleh gadis itu.