Namun di sebalik kepayahan itu masih ada yang sudi untuk membantu mereka. Masyarakat setempat serta pelancong yang mengunjungi Maria telah banyak membantu membantu mereka sekeluarga.
Doura sangat bersyukur kerana dia tidak bersendirian dalam menghadapi kesukaran itu. Ramai yang datang membantu dalam usaha untuk melihat Maria dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Atas bantuan orang ramai juga Maria mendapatkan rawatan yang diperlukannya.
“Seorang wanita tua datang ke sini pada hari Ahad dan berkata, ‘Saya hanya percaya jika saya melihatnya sendiri.’ Dia datang ke sini, menyentuh Maria, menciumnya dan menangis. Dia melihat Maria di TV dan mahu datang ke sini untuk berjumpa dengannya, untuk menyentuhnya dengan tangannya sendiri untuk melihat apakah cerita itu benar.” Cerita Doura lagi.
Semasa wawancara keluarga dengan Record News, pengacara rancangan ini telah memberi sebuah kejutan luar biasa buat mereka dengan menawarkan untuk membawa Maria berjumpa dengan doktor pakar.
Doktor menjelaskan, “Jika Maria dirawat dan didiagnosisnya lebih awal, pastinya hari ini dia akan menjadi gadis biasa dengan saiz dan kecerdasan yang normal. Walaupun rawatan yang diberikan telambat tetapi tetap dapat meningkatkan sedikit ketinggiannya serta fungsi motornya.
Oleh kerana rawatan telah terlambat, Fakulti Perubatan di University of Cearamenawarkan rawatan kepada Maria secara percuma!
Pakar Maria menjelaskan kepada keluarga, “Dia akan dapat berjalan, duduk sendiri. Ia akan meningkatkan fungsi ususnya dan akan mencegah kolesterol berlebihan dalam darahnya. “Walaupun rawatan itu akan memperbaiki keadaan fizikalnya, pada masa ini, tiada apa yang boleh dilakukan untuk keadaan mentalnya.”
Apabila Maria berusia 29 tahun, rancangan TV Brazil, Programa do Ratinho telah membiayai perpindahan keluarga Maria ke sebuah rumah yang lebih baik supaya Maria dapat membesar dalam suasana yang lebih baik.
Doura sangat gembira dengan perkembangan Maria. Maria kini seakan-akan punya hidup yang baru. Dia juga memiliki rambut yang mula tumbuh selepas dia mula mengambil makanan khas. Tidak lama lagi rambut akan boleh diikat dengan pelbagai gaya dan bentuk!




